MAKLUM BALAS PENGGUNA GAM ARAB (AL-MANNA)


Apakah gam arab benar-benar berkesan merawat penyakit?

Pertama kali, gam arab bukan ubat. Ia adalah sejenis makanan semulajadi yang mempunyai banyak khasiat. Ia tidak merawat sesuatu penyakit secara spesifik macam ubat-ubatan konvensional. Gam arab lebih berfungsi sebagai 'penstabil' atau 'penyelaras'. Apa maksudnya?

Penyakit-penyakit timbul disebabkan oleh cara-cara pemakanan dan sumber makanan kita dan kurangnya senaman. Tak kurang juga disebabkan oleh pencemaran alam sekitar, air dan udara. Tiga perkara utama akan terjadi dalam badan kita - kandungan lemak dan gula yang berlebihan, dan toksin. Bila ketiga-tiga perkara ini atau salah satu daripadanya wujud, maka timbullah penyakit-penyakit seperti kencing manis, kanser, darah tinggi, sakit jantung, sakit buah pinggang, dan sebagainya. Gam arab berfungsi menstabilkan kandungan gula dan lemak dalam darah dan membantu mengeluarkan toksin yang berlebihan dengan kandungan serat makanan larut dan serat prebiotik yang tinggi. Serat prebiotik dalam gam arab adalah yang tertinggi dan terbaik pernah ditemui setakat ini.

Walau bagaimanapun, keberkesanan gam arab 'merawat' penyakit-penyakit adalah bergantung kepada individu. Ada yang merasa kesannya dalam beberapa hari sahaja. Ada juga yang mengambil masa berbulan-bulan. Yang pentingnya, gam arab harus diambil secara berterusan untuk menjamin kesihatan sepanjang hayat. 

Alhamdulillah, kita telah banyak menerima tindakbalas positif daripada pengguna-pengguna gam arab atau Almanna ini, antaranya:-
  • Buah pinggang berfungsi semula tanpa perlu menjalanai rawatan dialisis
  • Pengurangan rawatan dialisis (pesakit buah pinggang)
  • Rasa lebih cergas dan lebih bertenaga
  • Tekanan darah jadi stabil (pesakit darah tinggi)
  • Selsema dan demam hilang
  • Paras gula dalam darah jadi stabil (pesakit kencing manis)
  • Selera makan dapat dikawal (bagi mereka yang hendak menurunkan berat badan)
  • Muka jadi licin dan berseri (bagi pengguna yang menggunakan air larutan gam arab sebagai 'mask')
  • Sengugut hilang (penyakit wanita)
  • Migrain hilang
  • Kudis hilang

Ini adalah antara kesan-kesan positif yang telah dialami oleh para pengguna gam arab (Almanna) setelah mereka menggunakan gam arab ini secara berterusan diikuti dengan pengambilan air yang banyak tiap-tiap hari. Ada di antara mereka terus memohon menjadi pengedar kerana mahu membantu rakan-rakan mereka yang lain di samping dapat menjana pendapatan tambahan.

Perlu diketahui bahawa Almanna atau gam arab tidak mendatangkan kesan-kesan sampingan yang negatif. Antara kesan yang mungkin terjadi pada sesetengah pengguna ialah kekerapan mengeluarkan angin disebabkan aktiviti-aktiviti bakteria (mikroflora) yang meningkat. Ada segelintir pengguna juga melaporkan yang mereka merasa perut penuh atau kembung. Ini adalah disebabkan oleh kandungan serat makanan yang tinggi dalam Almanna. Ini biasanya akan terjadi kepada mereka yang kurang mengambil makanan yang berserat sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pengguna-pengguna adalah disarankan meminum air dengan banyaknya, sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari, apabila mengamalkan gam arab. Tiada sukatan tertentu untuk mana-mana penyakit. Kepada pengguna-pengguna baru, disarankan mengambil 5 gram (bersamaan 2 sudu teh) dua kali sehari dan boleh ditambah dari semasa ke semasa sehingga terhasil kesan-kesan positifnya. Bila terasa ketidakselesaan di perut, hendaklah kurangkan dos sehingga perut anda biasa dengan pengambilan serat yang banyak. Hendaklah diketahui bahawa serat makanan adalah penting untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman dan untuk mengawal kadar gula dan kolestrol dalam darah bagi jangkamasa yang panjang.

SELAMAT MENCUBA!

Ps. Kami mengalu-alukan tindakbalas daripada pengguna-pengguna hasil daripada pengambilan gam arab ini. Semoga cerita atau pengalaman anda dapat memberi semangat dan membantu rakan-rakan kita yang lain, insyaAllah. Emelkan pengalaman anda kepada souqalmanna@gmail.com atau whatsapp 019-3751681. Terimakasih. Syukran Jazilan.