Rahsia Gam Arab

Gam Arab Kristal

Apakah Gam Arab


Di Malaysia kita lebih mengenalinya sebagai gam Arab atau Manna. Di Eropah dan Amerika pula mereka memanggilnya  Acacia Gum. Apa pula Gum Arabic? Gum Arabic adalah nama sinonim kepada Acacia Gum. Jika berkaitan dengan makanan kesihatan atau serat makanan (dietary fiber), mereka lebih mengenalinya sebagai Acacia Gum atau Acacia Fiber. Bila berkaitan dengan industri makanan atau farmaseutikal, nama Gum Arabic lebih menyerlah, kerana Gum Arabic sangat terkenal sebagai emulsifier dengan kod E414. Tetapi orang Arab di Afrika dan semenanjung arab lebih mengenali produk ini sebagai Gum Arabic (atau Samghu 'Arabi dalam bahasa Arab). Mungkin sebahagian besar daripada orang Arab, kalau tidak semua, tidak tahu apa itu Acacia Gum.

Pokok Akasia
Gam Arab dihasilkan daripada getah pokok Acacia yang mengeras menjadi damar berupa kristal. Getah yang keras ini dipetik daripada batang, dahan dan ranting pokok ini. Kualiti yang terbaik banyak terdapat di sebelah barat negara Sudan. Gam Arab berwarna jernih keperangan, ia adalah rapuh dan tidak mempunyai rasa yang kuat.

Terdapat 2 jenis gam Arab, iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal, juga dikenali sebagai Hashab di Sudan, adalah dari jenis yang terbaik. Semua makanan yang berasaskan gam Arab menggunakan gam Arab Hashab kerana warnanya lebih cerah dan kandungan serat larut yang lebih tinggi.

Gam Arab (Gum Arabic) Simply Nature's 



Gam Arab Simply Nature's dibuat 100% daripada gam Arab Hashab asli tanpa bahan pengawet atau bahan kimia berbahaya. Ia diproses secara pengisaran mekanikal sehingga ia menjadi serbuk yang sangat larut dalam air. Produk ini juga diproses di Sudan dalam cuaca yang panas dan kering, jadi kandungan nutriennya terpelihara. Kandungan serat larut dalam Gam Arab Simply Nature's  menjangkau 85%, nilai yang biasa terdapat dalam gam Arab Hashab. Kandungan serat larut dalam gam Arab Hashab adalah yang tertinggi pernah ditemui setakat ini.

Gam Arab Simply Nature's memantapkan kesihatan sistem pencernaan dan sistem imun dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus (kolon), dan memberi bekalan serat makanan larut yang secukupnya kepada sistem pencernaan bagi membolehkan sistem pencernaan berfungsi dengan lebih efektif untuk mengawal kandungan gula dan kolestrol dalam darah dan menyahkan lebihan lemak dan toksin dari badan. 

Gam Arab Simply Nature's larut dengan mudah dalam air dan boleh diambil dengan mana-mana makanan lain seperti nasi, bubur, salad, cereal dan sebagainya. Gam Arab Simply Nature's dipek dalam jar supaya mudah di bawa ke sana sini dan senang ditutup selepas digunakan. Ia mengandungi berat bersih 250 gram untuk 50 hidangan. Untuk kegunaan biasa bagi memelihara kesihatan sistem pencernaan, ambil 5 gram pagi dan 5 gram malam. 5 gram adalah bersamaan dengan 1 sudu besar atau 2 sudu teh. Untuk tujuan merawat penyakit-penyakit tertentu seperti buah pinggang rosak, kencing manis , darah tinggi dan kolestrol, hendaklah tambahkan dos sehingga 30 gram sehari iaitu 6 kali sehari. Elakkan membancuh melebihi 5 gram dengan 1 gelas air kerana ia akan menjadi larutan yang sangat pekat dan susah untuk diminum. Untuk memudahkan pengambilan yang lebih kerap, selang-selikan pengambilan gam Arab dengan minuman-minuman lain seperti susu, jus, minuman coklat dan sebagainya.

Dengan Gam Arab Simply Nature's, anda akan memperolehi faedah sepenuhnya daripada khasiat dan kebaikan gam Arab termasuk penyerapan mineral-mineral and nutrien-nutrien penting (seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin dan Zat Besi) yang lebih efektif, peningkatan sistem imun untuk melawan serangan pelbagai penyakit yang dibawa oleh bakteria berbahaya, pengurangan risiko terhadap serangan penyakit Kardiovaskular dan kanser usus, pengawalan berat badan, kelancaran pembuangan air kencing dan najis dan pengawalan optima kandungan gula dan kolestrol dalam darah.

Kebaikan Gam Arab Sebagai Suplemen Prebiotik


Gam Arab telah dibuktikan melalui banyak kajian bahawa pengambilan gam Arab yang berterusan memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Bukan setakat itu saja, gam Arab boleh merawat pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang rosak. Bayangkan betapa rumitnya kehidupan bila terpaksa menjalani rawatan dialisis 2 atau 3 kali seminggu. Bukan saja masa diperlukan, wang ringgit juga diperlukan. Kita juga terpaksa menyusahkan orang lain untuk menghantar dan mengambil kita dari pusat dialisis. Dan bayangkan betapa seronoknya kita jika rawatan dialisis ini dapat dikurangkan atau diberhentikan sama sekali. Ini adalah kenyataan, kerana ramai pengguna-pengguna gam Arab adalah dari kalangan mereka yang berada dalam situasi di atas. Tidak dinafikan bahawa ramai yang skeptikal (ragu-ragu) bila berdepan dengan produk yang baru seperti gam Arab ini, yang belum pernah mereka dengar sebelum ini. Pengguna-pengguna gam Arab yang telah berjaya menikmati kesan positif dari pengambilan gam Arab juga berada dalam situasi yang sama sebelum ini. Tetapi semangat untuk sembuh dari penyakit yang dialami membuatkan mereka tidak berfikir panjang. Tambahan lagi, gam Arab tidak mempunyai kesan sampingan lain seperti ubat-ubatan konvensional, jadi ia tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada pengguna-pengguna.

Jika gam Arab ini dapat menyembuh penyakit-penyakit kronik dengan membaik-pulih dan membantu fungsi sistem penghadaman dan pencernaan, bayangkan apa gam Arab boleh buat untuk kita yang belum lagi mengalami penyakit-penyakit kronik ini. Sudah tentu lebih mudah - pemeliharaan dan pencegahan daripada kerosakan. Jadi, apakah rahsia gam Arab yang menjadikannya satu makanan yang begitu menyeluruh faedahnya? 

Apabila gam Arab ini mampu membaik-pulih buah pinggang yang rosak, di mana hospital pakarpun tidak mampu merawatnya, sudah tentu ada sesuatu yang terkandung dalam gam Arab yang tidak pada suplemen-suplemen lain. Jika begitu hebat khasiatnya, mengapa gam Arab ini tidak dijadikan sebagai ubat? Kita akan merongkai kedua-dua perkara ini.

Pertama. Rahsia gam Arab. Gam Arab adalah suplemen atau sumber serat prebiotik (prebiotic fiber) yang tertinggi dan terbaik pernah ditemui setakat ini. Kandungan prebiotik dalam gam Arab menjangkau sehingga 85%. Ini bermakna, pengambilan gam Arab sebanyak 10 gram sehari akan membekalkan badan kita dengan 8.5 gram prebiotik, memenuhi keperluan harian. Kandungan prebiotik dalam gam Arab adalah dari jenis kualiti yang terbaik. Kajian membuktikan prebiotik dalam gam Arab adalah setaraf dengan prebiotik dalam susu ibu.

Sila rujuk artikel Prebiotik vs Probiotik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang fungsi-fungsi prebiotik dalam sistem pencernaan. Sila rujuk juga artikel Gum Arabic vs Inulin untuk mengetahui bagaimana gam Arab ini lebih baik daripada Inulin sebagai prebiotik.

Sumber Prebiotik
Prebiotik banyak terdapat dalam makanan harian kita seperti gandum, bawang putih, bawang merah, asparagus dan pisang dalam kuantiti yang berbeza. Bawang putih dan bawang merah umpamanya mengandungi 17% dan 9% prebiotik. Pisang mengandungi 1% prebiotik. Jadi untuk mendapatkan bekalan 8.5 gram prebiotik daripada pisang, kita kena makan 850 gram pisang sehari. Mampukah anda melakukannya?

Berapa jumlah prebiotik diperlukan oleh badan setiap hari? Belum ada cadangan saintifik lagi yang spesifik mengenai hal ini, tetapi kajian-kajian berhubung dengan prebiotik  mencadangkan antara 4 hingga 8 gram untuk kegunaan biasa. Untuk tujuan rawatan, dos yang lebih tinggi diperlukan, antara 15 ke 20 gram sehari.

Kolon, yang selama ini dicanangkan oleh institusi-institusi perubatan sebagai sekadar saluran pembuangan najis, adalah satu organ kesihatan yang sangat kompleks dan sensitif. Proses penghadaman tidak hanya berlaku di dalam perut tetapi bersambung di dalam kolon. Mana-mana makanan yang tidak dihadamkan atau tidak boleh dihadamkan di dalam perut akan bergerak ke dalam usus besar dan berakhir di dalam kolon untuk melalui proses pencernaan yang terakhir. Di dalam kolon inilah proses penyerapan air, mineral dan nutrien dan penyingkiran lemak yang berlebihan, najis dan toksin berlaku. Keberkesanan kolon dalam fungsi ini amat bergantung kepada kehadiran dan kesuburan bakteria Probiotik yang menghuni kolon ini. Pendekata, kolon adalah umpama kilang pemprosesan dan probiotik adalah pekerja-pekerja yang menjalani aktiviti-aktiviti dalam kilang tersebut. Jika pekerja berkurangan atau lemah, maka kuranglah produktiviti dan akhirnya banyaklah aktiviti-aktiviti akan terbantut, mesin-mesin rosak dan sebagainya.

Bagaimana prebiotik boleh membantu? Prebiotik umpama baja atau makanan kepada probiotik. Jumlah populasi dan kesuburuan probiotik amat bergantung kepada kehadiran berterusan prebiotik yang secukupnya. Gam Arab tidak dicerna dalam perut dan usus besar. Ia diperam di dalam kolon dan apendiks untuk menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang berfungsi dan bertindak sebagai prebiotik. 

Berikut adalah kebaikan prebiotik atau kesan pengambilan prebiotik yang telah dibuktikan melalui kajian:
  • peningkatan kadar penyerapan mineral dan nutrien, yang biasanya terlepas keluar sebagai bahan buangan, terutamanya kalsium dan magnesium
  • peningkatan sistem imun
  • pengurangan paras gula dan kolestrol dalam darah
  • penurunan berat badan (melalui pengawalan selera makan)
  • peningkatan jumlah bakteria baik atau probiotik dalam kolon
  • pengurangan bakteria berbahaya (bakteria pembawa penyakit) dalam sistem usus
  • kelancaran pembuangan najis dan air kencing
  • pengurangan atau pencegahan kanser atau radang usus dan penyakit-penyakit yang lain
  • pengurangan jangkitan (infections) pada dinding usus

Dengan fungsi-fungsi inilah prebiotik boleh merawat dan mencegah penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, obesiti, kegagalan buah pinggang, kanser usus dan sakit jantung koronari.

Begitulah kehebatan prebiotik. Di samping penjagaan makanan dan senaman yang secukupnya, prebiotik mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesihatan tubuh badan kita. Kemampuannya merawat penyakit-penyakit kronik telah terbukti. Dan inilah rahsia gam Arab. Nikmatilah faedah prebiotik sepenuhnya dengan menambahkan Gam Arab Simply Nature's dalam makanan harian anda!

Jika begitulah hebatnya gam Arab, mengapa gam Arab tidak dijadikan ubat?


Pertamanya, ubat dicipta atau diformulasikan untuk menyembuh penyakit dalam kadar yang segera. Antibiotik, misalnya, boleh melegakan demam panas atau demam sejuk dalam masa 1-3 hari. Kesan penyembuhan segera ini tidak datang dari bahan-bahan semulajadi (natural ingredients). Ia datang dari bahan-bahan kimia atau bahan-bahan lain. Sebab itu setiap ubat ada kesan sampingannya. Antibiotik contohnya boleh melemahkan fungsi buah pinggang dan membunuh semua bakteria dalam usus termasuk bakteria baik atau probiotik.

Gam Arab adalah 100% bahan semulajadi. Ia dihasilkan daripada pokok Akasia, dikisar sehingga halus tanpa menambahkan bahan-bahan lain dan terus diminum. Secara semulajadinya, sebagaimana produk-produk semulajadi yang lain, gam Arab tidak boleh menyembuh penyakit dalam kadar yang segera. Ia akan melalui proses pembaik-pulihan dan pemantapan sistem pencernaan dan imun, dan cepat atau lambat kesannya adalah berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Yang pentingnya, penggunaan gam Arab yang berterusan akan membentengkan badan kita daripada penyakit-penyakit kronik dengan izinNya.

Keduanya, gam Arab banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman sebagai emulsifier atau ejen penstabil dan dalam industri farmaseutikal sebagai encapsulator. Tidak ada bahan lain yang sebaik gam Arab untuk fungsi-fungsi ini. Perusahaan minuman Coca-cola dan Pepsi, contohnya, bergantung sepenuhnya kepada gam Arab. Oleh kerana bekalan gam Arab dunia dari jenis Hashab (Acacia Senegal) adalah terhad, maka pihak barat mengelak daripada mengiktiraf gam Arab ini sebagai suplemen kesihatan supaya permintaan gam Arab tidak mendadak tinggi sehingga bekalan tidak mencukupi untuk industri-industri yang disebutkan tadi. Pada masa yang sama, pihak barat terutamanya negara-negara Eropah lebih mempromosikan Inulin sebagai prebiotik bagi mengurangkan tumpuan terhadap gam Arab. Inulin dihasilkan daripada Akar Chikori (Chicory Root) yang dikatakan mengandungi 65% prebiotik. Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa gam Arab adalah lebih baik daripada Inulin dari segi efek prebiotik (prebiotic effects) terhadap penyuburan dan penambahan bakteria Probiotik dalam usus.

Bagaimana pula prebiotik boleh merawat buah pinggang rosak yang tiada hospital pun dapat merawatnya?


Kebanyakan kesan positif penggunaan gam Arab adalah daripada pesakit-pesakit buah pinggang. Kalau kita tanya orang-orang Sudanpun, di mana terdapat banyaknya gam Arab, semua mereka akan mengatakan bahawa gam Arab ini amat baik untuk buah pinggang. Jadi bagaimana prebiotik dalam gam Arab bertindak membaik-pulih fungsi buah pinggang?

Jawapan yang lebih tepat untuk persoalan ini adalah dari hasil kajian yang dijalankan oleh Bliss et al. dalam tahun 1996 yang telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition. Laporan itu menyebut bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gam Arab sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gam Arab. Kesan ini menyebabkan uraemia menurun dan rawatan dialisis dapat dikurangkan. 

Manakala kajian terbaru yang dilakukan dalam tahun 2008 oleh Adil Ahmed Ali et. al. dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gam Arab boleh mengurangkan kesan buruk CRF.

Mengapa Gam Arab Simply Nature's Berbeza?


Gam Arab Simply Nature's sangat larut dalam air sejuk dan mudah untuk minum. Membancuh Gam Arab Simply Nature's adalah semudah membancuh gula dalam air. Gam Arab Simply Nature's tidak mempunyai rasa yang kuat. Cara pengambilan yang dicadangkan ialah dengan membancuh 5 gram Gam Arab Simply Nature's dengan 1 gelas air sejuk. Boleh percikkan dengan sedikit lemon untuk menambahkan rasa masam pada bancuhan ini supaya ia lebih mudah dihabiskan. Lemon juga baik untuk membuang lemak dari badan.

Gam Arab Simply Nature's adalah 100% gam Arab asli dari jenis Hashab, kualiti yang terbaik. Kandungan korbohidrat dalam Gam Arab Simply Nature's menjangkau 85% yang berupa serat makanan larut (soluble dietary fiber).  Serat larut ini juga dikenali sebagai serat prebiotik kerana efek prebiotik yang terkandung di dalamnya. Jadi Gam Arab Simply Nature's boleh dikatakan sebagai suplemen 2-dalam-1 iaitu sebagai suplemen serat larut dan juga suplemen prebiotik. Jadi dengan pengambilan Gam Arab Simply Nature's anda mendapat bekalan serat larut dan prebiotik yang terbaik untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan anda sekaligus melindungi anda daripada penyakit-penyakit kornik.

Kenapa serat larut sangat penting?


Sumber Serat Makanan
Purata orang dewasa memerlukan serat makanan di antara 25 gram hingga ke 38 gram sehari untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan, di mana satu pertiga daripadanya dalam bentuk serat makanan larut. Orang lelaki lebih memerlukan banyak serat makanan. Pengambilan 10 gram sehari Gam Arab Simply Nature's akan membekalkan serat larut yang secukupnya untuk badan anda. Serat selebihnya adalah diperolehi daripada makanan-makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Serat tidak larut diperlukan untuk membersihkan dinding usus (cleansing effects) dan melancarkan pergerakan najis ke bahagian dubur.

Serat larut pula memainkan peranan yang lebih kepada perlindungan dan pengawalan. Ramai pakar berpendapat bahawa kanser kolon berlaku ekoran dari kekurangan serat larut dalam pemakanan. Serat larut bertindak membentuk asid lemak rangkaian pendek dalam usus yang akan menghalang bakteria berbahaya, terutamanya pathogen, daripada membentuk sel-sel kanser (cancerous polyps) pada dinding usus. 

Serat larut juga memainkan peranan penting dalam mengawal kandungan gula dan kolestrol daam darah. Kebanyakan penyakit-penyakit kronik berlaku ekoran kehadiran gula dan kolestrol yang berlebihan dalam darah terutamanya kencing manis dan sakit jantung koronari. Jadi pengambilan serat larut yang secukupnya akan memelihara anda daripada penyakit-penyakit kronik ini.

Apa akan berlaku bila mengambil Gam Arab Simply Nature's?


Kehadiran kesan positif daripada pengambilan Gam Arab Simply Nature's adalah bergantung kepada individu. Ada yang dapat merasakan perubahan dalam masa seminggu dan ada juga yang mengambil masa sebulan dua. Ada seorang pengguna memberitahu yang dia merasa cergas dan bertenaga setelah seminggu mengamalkan Gam Arab Simply Nature's. Sebelum itu dia mudah letih dan mengantuk. Gam Arab adalah sumber tenaga semulajadi. Peladang-peladang di Sudan biasanya akan memakan gam Arab ini dalam perjalanan mereka ke ladang dan mereka mampu bekerja di ladang sehingga ke petang tanpa menjamah apa-apa makanan sehingga mereka kembali ke rumah.

Kesan pengambilan Gam Arab Simply Nature's juga bergantung kepada jumlah dos, masa dan cara pengambilan. Jadi banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan gam Arab. Oleh kerana gam Arab ini bukan ubat, maka tiada dos tertentu untuk penyakit tertentu. Kajian mencadangkan pengambilan sehingga 30 gram sehari untuk merawat sesuatu penyakit dan 10 gram sehari untuk tujuan pemeliharaan kesihatan. Masa pengambilan yang dicadangkan adalah ketika perut kosong dan sebelum tidur supaya serat prebiotik dalam gam Arab ini akan terus sampai ke bahagian kolon dan terus dicerna.

Yang pentingnya, gam Arab adalah suplemen kesihatan dan perlu diambil secara berterusan sebagaimana perlunya kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan secara berterusan. Dengan adanya gam Arab dalam pemakanan kita, kita akan mendapat bekalan serat prebiotik yang secukupnya untuk membantu badan kita memperolehi bekalan mineral dan nutrien yang mencukupi. Untuk mengetahui samada gam Arab memberi kesan atau tidak, dan samada anda telah menggunakan gam Arab dengan cara dan dos yang betul atau tidak, lakukanlah ujian sebelum dan 3 bulan selepas menggunakan gam Arab, terutamanya ujian tekanan darah dan ujian paras gula dan kolestrol dalam darah.

InsyaAllah, usaha itu penting, selebihnya kita berdoa kepada Allah SWT semoga kita dijauhkan daripada segala penyakit, dalaman dan luaran. Amin.

GUM ARABIC vs INULIN


Yang mana lebih baik?

Terdapat banyak kajian dan penyelidikan yang merumuskan bahawa gum arabic adalah sumber prebiotik yang tertinggi dan terbaik setakat ini. Contohnya, satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition (Mac 2008) (rujuk Gum arabic establishes prebiotic functionality in healthy human volunteers in a dose-dependent manner), membandingkan keupayaan gum arabic dengan Inulin (sejenis karbohidrat yang tidak hadam) sebagai Prebiotik. 

Akar Chikori
Inulin boleh diperolehi dari akar Chikori (Chicory Root). Akar Chikori dikatakan mengandungi prebiotik (jenis Inulin) yang tertinggi (65%) sebelum penemuan prebiotik dalam gum arabic.  

Kajian klinikal telah dilakukan ke atas beberapa peserta yang diberi gum arabic dalam berbagai dos (5gram, 10 gram, 20 gram dan 40 gram) sehari dan sekumpulan lain diberikan Inulin sebanyak 10 gram sehari selama 4 minggu. Kajian menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobakteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides di dalam kumuhan najis adalah yang tertinggi pada kumpulan yang mengambil gum arabic sebanyak 10 gram sehari. Kajian ini membuktikan bahawa gum arabic mengandungi prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling sesuai untuk bakteria baik (Probiotik) berkembang berbanding dengan Inulin. Kajian juga merumuskan bahawa penggunaan optima gum arabic untuk perkembangan optima Probiotik adalah 10 gram sehari.

Di samping itu, 10 gram gum arabic akan membekalkan prebiotik 30% lebih tinggi berbanding dengan Inulin (dari ekstrak Akar Chikori).

Ketahui lebih lanjut Fakta dan Kebaikan Gum Arabic.




PREBIOTIK vs PROBIOTIK


Prebiotik adalah elemen yang terdapat pada makanan yang memiliki fungsi dalam stimulasi perkembangan dan aktiviti bakteria Bifidus dan bakteria  Lactobacillus di saluran pencernaan yang akhirnya akan memberikan efek yang menguntungkan pada kesihatan manusia. Bifidus dan Lactobacillus merupakan antara jenis bakteria baik yang banyak terdapat dalam saluran pencernaan manusia, terutama di usus besar.  Bakteria baik ini (sering juga disebut sebagai mikroflora) dipanggil Probiotik.

Prebiotik adalah bahan makanan yang merangsang pertumbuhan dan aktiviti Probiotik. Perhubungan prebiotik dengan probiotik ini adalah umpama hubungan makanan dengan badan kita. Tanpa makanan, badan kita akan menjadi lemah dan akhirnya kita akan mati. Kedua-dua prebiotik dan probiotik ini banyak terdapat dalam makanan yang kita makan hari-hari. Misalnya prebiotik terdapat dalam bawang putih, bawang merah, asparagus dan pisang dalam kuantiti yang berbeza, manakala probiotik pula terdapat dalam yogurt dan tempe. Sumber prebiotik yang paling awal sekali dan paling bagus diterima oleh badan manusia adalah dari susu ibu. Sebab itulah pentingnya bayi mendapat susu ibu sejak dari lahir sehingga usia mereka mencecah 6 bulan hingga ke setahun. Sebagus manapun susu lain yang terdapat dalam dunia ini, tidak ada yang dapat menggantikan susu ibu untuk bayi.

Sumber prebiotik yang paling kaya sekali pada masa ini ialah Gum Arabic (Acacia Gum). Menurut kajian saintifik setakat ini, Gum Arabic dikatakan mengandungi prebiotik sehingga 85%, yang paling tinggi di antara makanan-makanan yang telah diuji. Akar Chikori (Chicory Root) yang diperkenalkan oleh barat sebagai sumber prebiotik yang paling penting, hanya mengandungi 65% prebiotik jenis Inulin. Manakala bawang putih mengandungi 17% prebiotik, bawang merah 9%, tepung gandum 5% dan pisang pula hanya mengandungi 1% prebiotik. Bukan setakat itu saja, para saintis telah mengkaji tentang kandungan prebiotik dalam Gum Arabic dan merumuskan bahawa ianya adalah dari jenis prebiotik yang terbaik dan efeknya adalah setaraf dengan prebiotik yang ada dalam susu ibu.



Gabungan mantap antara prebiotik dengan probiotik dalam saluran pencernaan akan menghalang banyak penyakit dalam badan kita. Dengan bekalan prebiotik yang mencukupi, probiotik akan bercambah dan aktivitinya akan meningkat bagi mewujudkan suasana yang tidak sesuai (asidik) untuk bakteria berbahaya seperti pathogen. Pengambilan antibiotik akan membunuh bakteria berbahaya ini tetapi pada masa yang sama juga antibiotik akan membunuh probiotik. Oleh itu, pengambilan prebiotik yang berterusan dan mencukupi adalah perlu bagi menghalang badan kita daripada serangan bakteria berbahaya supaya kita tidak perlu lagi mengambil antibiotik.



FAKTA DAN KEBAIKAN GUM ARABIC


Gum Arabic (dipanggil Gam Arab di Malaysia) ada 2 jenis, iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakal Acacia Seyal biasanya digunakan untuk industri-industri lain. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia, terutamanya di Amerika dan Eropah. 

Berikut adalah fakta-fakta dan maklumat tentang Gum Arabic atau mengenai kebaikan-kebaikan Gum Arabic (Acacia Senegal):-

1. US Food and Drug Administration  (USFDA) menyatakan Gum Arabic adalah satu sumber serat makanan yang paling selamat.

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) telah bersama-sama membuat ujian tentang penggunaan ke atas gum arabic dan mengesahkan bahawa Gum Arabic adalah bahan yang amat selamat untuk dijadikan sebagai makanan tambahan.

3. Orang-orang Sudan dan Mesir telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka, malah memberikan mereka tenaga yang diperlukan untuk bekerja di ladang-ladang.

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang menyumbang kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik probiotik yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Probiotik, yang hidup di dalam kolon dan apendiks, berperanan mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Probiotik juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, sebagai anti-oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.

Ikutilah tentang perbezaan antara prebiotik dan probiotik dan peranan mereka dalam memantapkan sistem imun badan manusia.

5. Kajian membuktikan Gum Arabic boleh mengurangkan beban kepada buah pinggang dan merawat sakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah berbanding dengan pesakit yang hanya makan diet rendah protein tanpa makan gum arabic. Gum arabic didapati boleh membantu menurunkan uraemia dan sekaligus mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.

6. Ramai ahli saintis atau pengkaji telah menemui atau membuktikan bahawa Gum Arabic adalah setaraf dengan susu ibu dari segi kesan prebiotiknya dan keberkesanan Gum Arabic merawat pelbagai penyakit yang berpunca daripada usus, lemak, gula atau kolestrol sudah tidak diragui lagi. Semua pengkaji bersetuju bahawa Gum Arabic boleh membantu badan berfungsi dengan sempurna bagi menghalang atau merawat pelbagai penyakit yang  berpunca dari makanan dan minuman yang tidak sihat dan pencemaran air, udara dan radiasi.

A) Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arabic dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus. Dr. Isam menambah lagi bahawa kandungan prebiotik dalam Gum Arabic bertindak menyuburkan bakteria baik dalam usus yang bertanggungjawab membuang segala toksin, lemak yang berlebihan dan bahan-bahan yang tidak berguna (waste) dari badan. Prebiotik juga menguatkan sistem imun dan melawan bakteria yang berbahaya. Dr. Isam juga mengkritik karenah Barat yang lebih mempromosikan gandum dan barli sebagai sumber serat makanan yang diperlukan oleh badan, sedangkan gandum dan barli mengandungi kalori yang tinggi yang akhirnya membawa kepada penyakit diabetis dan obesiti. Sedangkan serat makanan yang amat baik untuk badan adalah serat makanan larut yang terdapat dalam Gum Arabic yang juga mempunyai kesan prebiotik. Kebanyakan doktor perubatan yang mengesyorkan pengambilan serat makanan antara 25-35 gram sehari adalah mereka yang tidak mempelajari tentang sains nutrisi, jadi mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang jenis serat yang baik dan yang tidak baik.

B) Gum Arabic boleh merawat cirit birit ringan, masalah buasir dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus, iaitu kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur. Ini telah dinyatakan oleh Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik. Beliau berkata, penyelidikan perubatan yang dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain, rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Menurut beliau lagi, kajian-kajian mengenai perkara ini telah dijalankan di Hospital Ahmed Qassim dan Hospital Ja'far Ibn Aouf di Sudan dan Hospital al-Qasr al-Aini di Mesir.

C) Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arabic, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. 

D) Prof. John R. Lopin, Penasihat Saintifik di AidGum Foundation, menyatakan Gum Arabic adalah sejenis resin dan pada masa yang sama ia bertindak sebagai prebiotik untuk menghasil asid lemak rangkaian pendek (short-chain fatty acid) yang memberikan tenaga kepada badan di samping menguatkan fungsi usus.

8. Mengenai kemampuan Gum Arabic mengurangkan risiko sakit jantung, terutamanya sakit jantung koronari (Coronary Heart Disease, CHD), ini adalah dikaitkan dengan kemampuan gum arabic menurunkan paras kolestrol LDL dalam darah disebabkan kandungan serat makanan larut (soluble dietary fiber) yang tinggi dalam Gum Arabic. Kajian-kajian yang telah dibuat oleh Kromhort et al. (1982), Pietinen et al. (1996), Rimen et al. (1996), dan Khaw and Barrett-Connor (1987) telah membuktikan bahawa serat larut memainkan peranan penting dalam mencegah atau mengurangkan CHD.

9. Gum arabic adalah satu-satunya makanan yang mempunyai serat larut yang paling tinggi, mencecah sehingga 85% mengikut fakta pemakanan (nutrition fact) serbuk bancuhan segera gum arabic yang dikeluarkan oleh beberapa pengusaha. Ini bermakna pengambilan 10 gram gum arabic sehari menyumbangkan 8.5 gram serat makanan larut. 



WHAT IS BAOBAB



Baobab (Adansonia digitata) grows natively in certain tropical regions in Africa, including South Africa, Botswana and Mozambique. Some baobab trees are claimed to be up to 1000 years of age and often times the tree is referred to as the “Ancient Tree of Life”. Baobab trunks can store greater than 30,000 gallons of water which help the trees survive long drought conditions. Also named the 'upside down tree' for it's root like branches when bare of leaves, this life giving natural wonder can grow up to 30 metres in height, with trunk diameters of 11 metres.

In Sudan, Baobab fruit powder is called Tabaldi. It is a popular drink in Sudan that follows meal, just like Karkadeh (Hibiscus drink).

Baobab trees produce fruit with a powdery pulp. Some of baobab fruits look like and are as big as coconut. Some people describe the fruit as having a unique tangy taste like a cross between grapefruit and pear with a slight hint of caramel.



Traditional Uses of Baobab

Baobab fruit contains high amounts of vitamin C. It is often consumed as a food or added to beverages. Baobab fruit is sometimes used for medicinal purposes. In recent years, manufacturers have begun adding baobab fruit to juices, energy drinks, energy bars and dietary supplements and as an ingredient in skin-care, hair-care and body-care products. Some personal-care products contain baobab oil, which is extracted from the seeds of the baobab tree.

In traditional African medicine, baobab fruit is used to treat a number of illnesses including asthma, fever, diarrhea, malaria and smallpox. Some practitioners of traditional African medicine often use baobab fruit to curb inflammation.

Traditionally also, the baobab fruit is used to create a delicious, tangy health drink which is especially popular among pregnant women, children and the elderly in Africa.

Researches on Baobab Benefits

There are some scientific studies tested the potential health benefits of baobab fruit. One of them is a 2009 report published in Critical Reviews in Food Science and Nutrition which reported that baobab fruit is rich in antioxidants, including vitamin C.

In an earlier report (published in Plant Foods for Human Nutrition in 2004), scientists determined that baobab fruit contains significant amounts of essential minerals (including calcium, potassium, and magnesium).

Some researches show that baobab seeds are rich in essential fatty acids (such as linoleic acid) that may help improve the skin.

Benefits of Baobab

The fruit boasts more vitamins and minerals than one can typically find in oranges, bananas and even blackcurrants. In additional to its potent micronutrient profile, baobab has been confirmed to act as a prebiotic, and its high percentage of fiber by weight makes it a well-rounded ingredient for numerous food applications.

Based on its nutritional facts, baobab fruit is rich in Amino Acids, Essential Fatty Acids, Calcium, Phosphorus, Iron, Potassium, Sodium, Magnesium, Zinc, Manganese, Vitamins C, A, B1, B2, B6, PP and Dietary Soluble and Insoluble Fibre. It has

2x more Antioxidant than Gojiberries!
6x more Antioxidant than Blueberries!
6x more Vitamin C than Oranges!
6x more Potassium than Bananas!
2x more Calcium than Milk!

It also contains the essential mineral magnesium which supports the heart and improves the flow of blood, oxygen and nutrients throughout our bodies, enabling our bodies to function optimally. Magnesium is also an important mineral to help prevent premenstrual tension for women and it helps to relax muscles and increase brain power.

It contains higher levels of fibre than other fruits such as apples and peaches so is a great way to maintain a healthy digestive tract and lower blood cholesterol levels.

It has six times more ascorbic acid (vitamin C) than an orange so is a great way to support and improve your immune system.

Baobab may help to fight anaemia with its high level of iron.

Baobab fruit powder can help to maintain and restore nerve and cell function as it has a high level of potassium. This is essential for the nervous system, especially if you drink coffee, cola or alcohol and eat foods high in sodium.

Baobab promotes a healthy digestive system. Baobab powder is high in digestive enzymes and prebiotics that enhance the growth of probiotic bacteria in your gastrointestinal tract.

Uses of Baobab Powder

Baobab powder can be used in a variety of ways:
• made into a tea
• added to drinks
• used in fruit smoothies or juices
• added to cereals/ muesli/porridge
• added to Ice cream, yoghurt, and a variety of dairy or non-dairy desserts.
• put into Jams, sauces, chutneys.


Is Baobab Safe?

Baobab fruit (which is normally sold in the form of powder) is generally considered safe. It is 100% natural with no preservatives or additives. There is no research or report so far which claims the side effects of taking baobab fruit as drink or health supplement.

Baobab fruit has already exploded onto the markets in Asia and Europe, and is a prime new ingredient for the US market, given its unique functional health properties.

Directions of Use

Add 1-2 tablespoons (5-10gm) of Baobab powder to warm or cold water, stir well and drink. Can add sugar to taste. It is best taken as a cold drink.

Or add 1 tablespoon (5gm) of Baobab powder to juices, yogurts or smoothies.

Benefits of Hibiscus (Roselle)

The hibiscus (Hibiscus sabdariffa) plant is a shrubby tropical plant that produces flowers with reddish-purple centers. After the petals fall from the flower, the remaining deep red calyces (cup-like structures formed by the sepals) grow into seed-containing pods that resemble flower buds.

Believed to be native to Africa, hibiscus is often used to make herbal teas (also known as "infusions" or "tisanes"). Parts of the flower are used to make a popular drink in Egypt and Sudan called Karkade. Various parts of the plant are also used to make jams, spices, soups, and sauces.


Hibiscus is claimed to offer several health benefits. Although few scientific studies have tested the health benefits of hibiscus, early research suggests that hibiscus tea or hibiscus extract may offer antioxidant effects and enhance cardiovascular health.

Here are some of the findings:

1) High Blood Pressure

According to a small study published in The Journal of Nutrition in 2010, drinking hibiscus tea daily may benefit people with slightly elevated blood pressure. The study conducted for 6 weeks on 65 adults who had mildly elevated blood pressure. They took either 3 cups of hibiscus tea or a placebo beverage each day. The members of the hibiscus group experienced a greater drop in blood pressure (compared to those who consumed the placebo beverage).

2) Diabetes

In a 2009 study from the Journal of Alternative and Complementary Medicine, researchers assigned 60 diabetes patients to drink hibiscus tea or black tea twice daily for a month. The study found that members of the hibiscus group had a significant increase in HDL ("good") cholesterol and a significant decrease in total cholesterol and LDL ("bad") cholesterol. It was concluded that hibiscus drink may offer some health benefits to people with type 2 diabetes.

3) High Cholesterol

Preliminary findings from animal-based research and test-tube studies indicate that hibiscus extract may help keep cholesterol in check and in turn protect against atherosclerosis.

Other benefits

Hibiscus is also used for treating loss of appetite, colds, heart and nerve diseases, upper respiratory tract pain and swelling (inflammation), fluid retention, stomach irritation, and disorders of circulation; for dissolving phlegm; as a gentle laxative; and as a diuretic to increase urine output.

How does it work?

The fruit acids in hibiscus may work like a laxative. Some researchers think that other chemicals in hibiscus might be able to lower blood pressure; decrease spasms in the stomach, intestines, and uterus; and work like antibiotics to kill bacteria and worms.

APAKAH GAM ARAB SELAMAT UNTUK DIMAKAN?




US Food and Drug Administration  (US FDA) menyatakan gam Arab adalah satu sumber serat yang paling selamat dalam makanan. USFDA memberi pengiktirafan tersebut sejak tahun 1970. Manakala Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan GA sebagai makanan tambahan yang amat selamat.

Bagi orang-orang Sudan dan Mesir pula, mereka telah lama makan gam Arab tanpa sebarang sukatan sejak zaman purba. Setakat ini tidak ada laporan tentang kesan sampingan yang dialami oleh mereka.

Gam arab mungkin berinteraksi dengan ubat-ubatan lain, terutamanya antibiotik. Pengguna disarankan meminta nasihat doktor sebelum mengamalkan gam Arab sekiranya anda sedang dirawat dengan ubat-ubatan lain dari klinik atau hospital.

Perempuan yang sedang hamil dan menyusukan anak juga disarankan tidak mengamalkan gam Arab. Ini adalah kerana gam Arab boleh berinteraksi dengan suplemen yang mengandungi zat besi.

Pengguna juga dinasihatkan agar meminum air dengan banyak apabila mengamalkan gam Arab.

Apakah Fungsi Gam Arab Dalam Saluran Penghadaman?


Gam Arab tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik, dikenali sebagai probiotik, yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Probiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan apendiks. Gam Arab juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, antioksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.